“TEMAN YANG PALING BAIK ADALAH APABILA KAMU MELIHAT
WAJAHNYA, KAMU TERINGAT AKAN ALLAH”
Terima kasih Allah. Terima kasih kerana kau kurniakan aku
teman-teman seperti mereka.
Mereka yang tidak pernah jemu mengajakku ke rumahMu untuk
berjemaah.
Mereka yang selalu setia membaca Mathurat bersama-samaku.
Mereka yang tidak pernah putus asa menasihati dan
mengingatiku untuk menutup aurat.
Mereka yang mengejutkan ku untuk solat subuh selepas tahu
seliparku didepan bilik masih belum basah.
Mereka yang selalu mengatakan kepada ku “jangan layan”
setiap kali ada kaum Adam yang cuba dekatiku.
Mereka yang mengajarku untuk berhati-hati setiap kali mahu memuat-naik gambar-gambarku di media sosial.
Mereka yang sangat bersungguh-sungguh mengajakku ke majlis
ilmu.
Mereka yang bersama-samuku bertadarus dan bertadabbur
kitabMU di waktu lapang.
Mereka yang bercerita kepadaku kisah-kisah tentang kekasihMU
Muhammad S.A.W dan para sahabat.
Mereka yang mengajarku untuk memberi keranaMU.
Mereka yang menangis bersamaku kerana menginagtiMU.
Terima kasih Allah.
Terima kasih.
-Khadijah. 5 March 2017. Seoul, Korea.
#SAMNI #SAMJ #SMKBBST #KMKT #UM
No comments:
Post a Comment