Saturday, 4 March 2017

#1 TEMAN

“TEMAN YANG PALING BAIK ADALAH APABILA KAMU MELIHAT WAJAHNYA, KAMU TERINGAT AKAN ALLAH”

Terima kasih Allah. Terima kasih kerana kau kurniakan aku teman-teman seperti mereka.

Mereka yang tidak pernah jemu mengajakku ke rumahMu untuk berjemaah.

Mereka yang selalu setia membaca Mathurat bersama-samaku.

Mereka yang tidak pernah putus asa menasihati dan mengingatiku untuk menutup aurat.

Mereka yang mengejutkan ku untuk solat subuh selepas tahu seliparku didepan bilik masih belum basah.

Mereka yang selalu mengatakan kepada ku “jangan layan” setiap kali ada kaum Adam yang cuba dekatiku.

Mereka yang mengajarku untuk berhati-hati setiap kali mahu memuat-naik gambar-gambarku di media sosial.

Mereka yang sangat bersungguh-sungguh mengajakku ke majlis ilmu.

Mereka yang bersama-samuku bertadarus dan bertadabbur kitabMU di waktu lapang.

Mereka yang bercerita kepadaku kisah-kisah tentang kekasihMU Muhammad S.A.W dan para sahabat.

Mereka yang mengajarku untuk memberi keranaMU.

Mereka yang menangis bersamaku kerana menginagtiMU.

Terima kasih Allah.

Terima kasih.


-Khadijah. 5 March 2017. Seoul, Korea. 
#SAMNI #SAMJ #SMKBBST #KMKT #UM